Sunday 11 March 2012

AURA EHSAN





Pembuka kata dengan kalimah suci  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM  & salam kasih buat anda yang mengunjungi blog AURA EHSAN yang diterajui oleh (MASTERDIN) pengamal perubatan Aura yang berunsurkan tenaga alam semulajadi,ciptaan ILLAHI yang tidak pernah kita ketahui.

firman Allah :Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albab), (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka periharalah kami dari siksa neraka
 (QS. Ali Imran :191-192).
TAHUKAH ANDA TENTANG AURA/CAKRA ?



Aura mempunyai tujuh lapisan getaran gelombang tenaga, yang berkait rapat dengan fungsi tujuh chakra utama yang mempengaruhi peranan dan fungsi kelenjar serta organ tubuh, juga mempengaruhi keseimbangan tingkah laku, dan peribadi seseorang.Aura yang sihat dan sempurna, lapisannya indah, tebal, licin dan lembut. Manakala aura yang mengalami masalah atau bermasalah, lapisannya banyak mengalami kebocoran tenaga, kasar,kesat, tajam dan nipis.
Oleh sebab itulah perawat perubatan aura dapat mengesan penyakit yang berada pada tubuh pesakit dengan melakukan teknik imbasan penyakit melalui deria sensitiviti aura di telapak tangan mereka.Lapisan aura yang sihat dan sempurna, akan menghasilkan kesihatan tubuh badan serta peribadi yang baik dan seimbang. Dari aura yang seimbang, tubuh akan miliki imun dan perisai pertahanan diri yang kuat dari serangan penyakit.
Manakala aura yang tidak sempurna dan bermasalah akan mengundang penyakit dan pelbagai masalah lain seperti masalah emosi dan rohani.
Jika seseorang yang sedang menghidap penyakit, kemudian dia mendapatkan rawatan Islam atau rawatan Aura, maka penyakit yang dihidapinya akan beransur pulih (hanya dengan keizinan Allah semata-mata), kerana getaran gelombang tenaga auranya telah distabilkan, ‘ditampal’ dan pulihkan dari sebarang kebocoran, insya Allah,MASTERDIN hanya membantu & anda perlu ingat hanya ALLAH yang mampu menyembuhkan.


Aura yang baik dan seimbang juga dapat menghasilkan peribadi dan sikap yang positif, akhlak yang terpuji dan sentiasa menarik perhatian yang positif masyarakat sekeliling kepadanya, hidupnya sentiasa bersemangat dan memberi semangat kepada orang lain. Tidak menghina dan memperlekehkan orang lain.Manakala lapisan aura yang rosak dan tidak sihat, akan menyebabkan  pelbagai masalah kesihatan tubuh badan, mengundang pelbagai radiasi luar tubuh dan mengundang pelbagai jenis penyakit, sentiasa berfikiran negatif dan mempengaruhi orang lain supaya bersikap negatif sepertinya, sikap serta peribadi yang bermasalah, selalu menganggap diri lebih hebat, menghina orang lain, hilang kekuatan diri,  tekanan perasaan, rendah diri (yang bercanggah dengan syariat), memberontak, degil dan pelbagai lagi sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela) yang akan melanda dirinya.
Aura merupakan keistimewaan manusia yang Allah Ta’ala ciptakan. Ilmu tentang aura bukan sangkaan atau permainan akal fikiran semata-mata seperti yang dituduh oleh segelintir masyarakat. Ilmu aura ini telah dikaji dengan kajian saintifik bukan khayalan semata-mata. Banyak kajian telah dilakukan. Ianya adalah gabungan ilmu sains perubatan timur dan barat. Apabila ianya telah dikaji mengikut sains, maka sudah pastinya kajian tersebut berdasarkan bukti, realiti, dan bukan sekadar teori atau sangkaan kosong sahaja. Apa yang paling penting, ilmu ini bukan bersumber dari jin seperti yang dikatakan oleh sesetengah individu yang tidak ketahui apa itu Aura.


KEISTIMEWAAN RAWATAN AURA:
  • Pesakit tak perlu hadir
  • Pesakit tak perlu keluar rumah
  • Pesakit tak perlu memandu 
  • Tak perlu isi minyak kenderaan dan bayar tol
  • Tak buang masa dan tenaga
  • Hanya telefon sahaja, cepat & pantas
AYAT YANG PERLU DI AMALKAN SETELAH MENERIMA RAWATAN 

AYAT KURSI
Amalkan selepas setiap kali selesai solat, dan sapukan keseluruh anggota badan,niat dihindarkan dari kejahatan / gangguan manusia,jin & syaitan.



AWAS !! KENALPASTI GANGGUAN JIN
Ø  Merasa takut tanpa sebab
Ø  Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu maghrib hingga tengah malam.
Ø  Seringkali dihimpit / ditindih ketika sedang tidur berseorangan.
Ø  Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa seperti ular & dll.
Ø  Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
Ø  Bermimpi  menyusukan bayi
Ø  Fikiran sentiasa runsing tanpa sebab
Ø  Sering terlihat kelibat & halusinasi
Ø  Malas dalam mengerjakan solat & kewajipan agama
Ø  Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk
Ø  Merasa marah tanpa sebab
Ø  Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab
Ø  Merasa sakit di bahagian tubuh badan terutama dibahagian belakang badan & sendi
Ø  Selalu meracau & dll.
   JANGAN AMBIL MUDAH SEKIRANYA ANDA MENGALAMI SIMPTOM TERSEBUT !